CARA PENGGUNAAN GUM ARABIC AL MANNA AMEER

Cara Penggunaan Gum Arabic

Panduan Hidangan Gum Arabic Al-Manna Cara Pertama (Bagi Yang Mempunyai Masalah Kesihatan Kronik)

Img
CARA PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA

MASA MAKAN:
1. Waktu pagi semasa perut masih kosong. Jika mahu berpuasa, ambil waktu sahur. 2. Waktu malam sebelum tidur.

CARA BANCUHAN:
1). 2 sudu makan (=25 gram) dibancuh dengan segelas (250ml atu lebih) air biasa (bukan air panas atau disejukkan dalam peti ais)
2). Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500 ml sahaja sehari, bancuh 25 gram gum arabic dengan 100 ml sehingga 150 ml air sahaja, jika anda sembelit dengan bancuhan yang pekat ini, air perlu ditingkatkan lagi, jika tidak dapat, kurangkan pengambilan kepada 1 sudu makan sahaja. Gum Arabic tidak menyebabkan masalah sembelit, malah ia dapat mengubati masalah sembelit, sembelit disebabkan oleh air dalam badan anda tidak mencukupi untuk melawaskan pembuangan air besar. Makan lebih sayuran dan buah-buahan yang sesuai dengan kesihatan anda.

CARA MEMBANCUH GUM ARABIC AL MANNA AMEER


Cara penyediaan gum arabic al-manna bagi kategori pertama iaitu untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatan yang agak kritikal seperti penyakit kronik sebagaimana panduan berikut:
  1. Membancuh serbuk gum arabic al-manna untuk diminum ketika perut kosong sebanyak 2 kali (2x) sehari. Minuman serbuk al-manna ini sebaiknya diamalkan sebelum mengambil sebarang hidangan berat sekitar 15-30 minit. Cadangan pengambilan serbuk al-manna sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur waktu malam.
  2. Bekas minuman yang dapat memuatkan 250ml air kosong perlu disediakan. Bekas minuman ini juga boleh digunakan untuk menyediakan minuman berperisa seperti madu dan jus yang digemari.
  3. Masukkan satu setengah scoop (1 1/2) atau tiga (3) sudu teh serbuk gum arabic al-manna ke dalam bekas minuman 250ml tadi. Serbuk gum arabic boleh dibancuh ke dalam minuman air kosong dan boleh juga dibancuh bersama air berperisa.
  4. Tidak menggunakan air yang panas untuk membancuh serbuk gum arabic al-manna kerana ia akan berketul.
  5. Pesakit buah pinggang perlu mendapatkan nasihat doktor untuk pengambilan sejumlah air yang disarankan. Jika doktor menyarankan pengambilan air dikurangkan dalam jumlah yang sedikit, pesakit buah pinggang boleh membancuh serbuk gum arabic al-manna dengan kuantiti air sekitar 100-150ml.
  6. Serbuk gum arabic al-manna perlu dikacau hingga sebati. Proses larutan serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer di dalam air begitu pantas sekitar tujuh (7) saat.
  7. Serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer yang telah dibancuh untuk hidangan tidak akan meninggalkan sisa atau mendapan pada bahagian bawah bekas minuman sebagaimana sesetengah produk lain. Ini kerana proses kisaran al-manna jenama Ameer lebih halus dan memudahkan penyediaan pengguna.
  8. Setelah selesai membancuh serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer, pengguna boleh terus minum.



CADANGAN PENGGUNAAN GUM ARABIC

Img
CADANGAN PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA
Cadangan penggunaan:
1. Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

2. Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.

4. Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih. Bagi gout, boleh rebus pokok pandan, iaitu daun serta akarnya sekali, kemudian biarkan sejuk, ambil segelas air rebusan yang telah sejuk tadi dan dibancuh dengan gum arabic.

5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).

6. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.

7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.


9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.


10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.

11. Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.

12. Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.

13. Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik.

14. Seorang pakar perubatan herba cina memberitahu saya; cara yang paling berkesan untuk rawatan penyakit buah pinggang dengan gum arabic adalah dengan cara berikut:

i. Rendam roselle kering 2 hingga 3 gram (atau lebih kurang 7 hiris, jika ada gastrik gunakan 3 hiris sahaja, tetapi jika sakit gastrik berulang, berhenti minum rosalle) dalam air panas, kemudian biarkan sejuk.
ii. Setelah sejuk, air rendaman roselle diambil setelah dibuang rosalle yang telah direndam tadi, kemudian dibancuh air tersebut dengan 2 sudu gum arabic.
iii. Dicampur ½ sudu teh molasses (jika ada sakit kencing manis, molasses tidak perlu dimasukkan atau masukkan ¼ sudu teh)

* Molasses adalah gula merah yang kehitaman, ia boleh didapati di kedai yang menjual barangan organik. Perhatian: Pesakit tekanan darah rendah & pesakit gastrik tidak boleh minum roselle.
** Jangan makan roselle, minum air rendamannya sahaja.
*** Tiada laporan kesan sampingan walaupun Gum Arabic dimakan dengan banyak. Jika ada tanda-tanda anda tidak sesuai minum Gum Arabic, seperti sakit pinggang yang kuat dan lain-lain, berhenti minum Gum Arabic
.
 


Cara Penyediaan Serbuk Gum Arabic Al-Manna Jenama Ameer Mudah Dan Pantas

Serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer didatangkan khas dari negara Sudan. Getah arab dari tumbuhan akasia senegal ini berbentuk ketulan dan mengambil masa satu malam digunakan dengan merendam terlebih dahulu ke dalam air.
Teknologi hari ini memudahkan lagi penggunaan gum arabic yang berasal dari ketulan gula mentah diproses menjadi serbuk halus. Serbuk halus getah arab ini juga mempunyai beberapa kategori sebagaimana yang terdapat pada perbezaan setiap produk gum arabic yang dijual dengan pelbagai jenama.
Serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer adalah antara hasil proses yang paling halus dan tidak meninggalkan kesan mendapan pada bekas minuman selepas diminum. Ia tidak melalui proses kimia dan pemanasan tinggi untuk mengekalkan keaslian gam arab yang sangat bernilai sebagai sumber prebiotik semula jadi. Tinggi khasiat dan manfaat untuk kesihatan melibatkan kalsium dan mineral galian.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer?
Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 019 5533450 (SITI KAUSAR) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Ameer (RM30/150gram) semenanjung dan (RM30) sabah/ sarawak. Penghantaran produk Gum Arabic Al-Manna Ameer/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan IPOH dan sekitarnya.

 *Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda. *Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.

Comments

Popular posts from this blog

BUAH PINGGANG ANDA BERMASALAH???? - GUM ARABIC AL MANNA AMEER PENYELESAIANNYA. INSYAALLAH

Testimoni Gum Arabic Almanna Ameer - Penyakit Darah Tinggi