APA ITU GETAH AL MANNA?
Al-Manna : Getah Arab, Gam Arab, Akasia, Acacia dan Gum Arabic
Gum Arabic dikenali juga sebagai getah arab, gam arab, akasia, acacia dan pada sebutan bahasa asalnya (Arab) dipanggil ‘somghu’ dan ada yang menamakannya sebagai ‘al-Manna’. Ia merupakan produk getah yang dihasilkan dari dahan pokok acacia senegal
yang boleh didapati di padang pasir Oasis, Afrika Utara, benua kecil
India, Asia Barat dan banyak ditemui di dunia Arab. Ia dipercayai
berasal dari Sudan.
Sudan muncul sebagai pengeluar terbesar negara Arab sedunia dalam produksi Gum Arabic Menurut portal kesihatan National Center for Biotechnology Imformation,
Gum Arabic terkenal dalam amalan perubatan masyarakat Arab terutama
dalam merawat pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang
kronik (CRF), walaupun tiada dalil kajian saintifik yang kukuh.
Berdasarkan maklumat NCBI juga, pengambilan Gum Arabic dapat
mengurangkan peratusan lemak dalam badan dan ia boleh digunakan untuk
rawatan obesiti.
Gum Arabic (GA [Acacia senegal]) is reputed, in Arabian medicinal practices, to be useful in treating patients with chronic renal failure (CRF), albeit without strong scientific evidence.
Gam Arab diperakui dapat membantu masalah
kembung perut, cirit-birit dan sembelit. Penggunaan Gum Arabic juga
dilihat sebagai komponen utama dalam penyediaan minuman sirap ringan
seperti Coca-Cola dan Pepsi. Getah Arab membantu pengekalan dan
ketahanan kandungan gula dalam minuman karbonat tersebut agar berada di
tahap seragam dan tidak mendap ke bawah.
Keajaiban Gum Arabic Sudan
Menurut portal National Public Radio,
penggunaan Gum Arabic telah lama digunakan oleh masyarakat dunia
termasuk di zaman awal tamadun Mesir. Gum Arabic digunakan oleh Firaun
untuk proses ketahanan mumia. Getah Arab juga turut digunakan di zaman
al-Kitab sebagai bahan untuk ketahanan pada cat.
Pihak perubatan menggunakan Gum Arabic
sebagai bahan untuk menyimpan ubat-ubatan sebelum memisahkannya ke dalam
bentuk yang berbeza. Pengemulsi atau pelarut semulajadi ini berupaya
menyatukan bahan-bahan tidak larut dan mengekalkannya dalam tempoh yang
lama. Selain itu, Gam Arab ini juga digunakan untuk mengekalkan
ketahanan dakwat pada percetakan akhbar.
Gum Arabic Terdapat Dalam Al-Quran?
Terdapat dakwaan sebahagian pendapat, Getah Arab yang disebut sebagai al-Manna ini dipercayai merujuk kepada surah al-Baqarah, ayat 57. Terdapat perkataan al-Manna yang menjadi simbol kepada penemuan kaedah penjagaan kesihatan dan dijadikan sebagai makanan tambahan supplement yang berkesan.
Maksud ayat tersebut: “Dan Kami naungi kalian dengan awan dan Kami turunkan kepada kalian manna dan salwa.
Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada
kalian. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, tetapi merekalah yang
menganiaya diri mereka sendiri”.
Namun kebenarannya hanya Allah yang lebih
mengetahui di atas dakwaan yang mengaitkan produk Gum Arabic al-Manna
ini mempunyai hubungan dengan ayat yang diturunkan.
Adapun penggunaan perkataan al-Manna
pada sesuatu nama produk, nama restoran dan sebagainya bukan menjadi
masalah. Panggilan al-Manna pada getah arab ini telah digunakan oleh
kebanyakan masyarakat Sudan terutama pekerja yang terlibat di ladang
tanaman pokok akasia.
Terdapat banyak perbahasan di kalangan ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna yang digunakan pada ayat ke-57 surah al-Baqarah ini. Berikut ringkasan huraian terpilih dari ulama tafsir berkaitan maksud al-Manna.
- Ali ibnu Abu Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa manna turun kepada mereka di pokok-pokok, lalu mereka memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan manna dan memakannya dengan sepuas-puasnya.
- Mujahid mengatakan sesungguhnya manna itu adalah getah. Sementara Ikrimah pula mengatakan manna merupakan sesuatu makanan yang diturunkan oleh Allah kepada mereka seperti hujan gerimis.
- As-Saddi menjelaskan bahawa mereka telah berkata, “Hai Musa, bagaimanakah kami dapat hidup di sini tanpa makanan?”. Maka Allah menurunkan kepada mereka manna. Manna itu turun dan jatuh pada pohon zanjabil.
- Qatadah mengatakan bahawa manna turun di mana tempat mereka berada seumpama turunnya salju, bentuknya lebih putih berbanding susu dan rasanya lebih manis berbanding madu; manna turun kepada mereka bermula dari fajar (subuh) hingga terbitnya matahari.
- Ar-Rabi’ ibnu Anas menjelaskan bahawa manna merupakan minuman yang diturunkan kepada mereka (kaum Bani Israel), rupanya seperti madu; mereka mencampurkan mannna dengan air dan meminumnya.
Tujuan utama dari perbahasan ahli tafsir
dapat disimpulkan maksud yang disampaikan berkaitan al-Manna hakikatnya
hampir mempunyai persamaan dan tidak terlalu jauh. Di kalangan ahli
tafsir ada yang mengatakan al-Manna sebagai minuman, ada yang menafsirkan al-Manna sebagai makanan. Kenyataannya hanya Allah yang lebih mengetahui. Kesimpulannya al-Manna
adalah kurniaan Allah kepada hambaNya samada berbentuk makanan, minuman
dan selainnya di dalam rahsia pengetahuan Allah S.W.T. -Sila rujuk
lebih banyak lagi huraian ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna.
Hakikatnya, kebaikan dan manfaat yang
terdapat pada Getah Arab ini diperakui sendiri oleh Pengurus Besar
pengeksport Getah Arab terbesar Sudan, Gum Arabic Company, Hassan Osman
Abdel Nour berkata:
The botanist who identified Acacia Senegal first saw it in Senegal, but it turned out to be Acacia Senegal is more common in Sudan than anywhere in the belt. . . It’s an endowment from God. We did nothing about it.
Kesan Perubahan Iklim Terhadap Gum Arabic
Setiap tahun Sudan mengeksport puluhan
ribu tan gula mentah atau Getah Arab ke eropah untuk diproses dan
disebarkan ke seluruh dunia mengikut permintaan tinggi dunia yang
memerlukan makanan kesihatan Gum Arabic al-Manna. Walau bagaimana pun,
penyebaran produk Getah Arab ini melalui sedikit penurunan berbanding
dahulu ekoran kesan perubahan iklim yang melanda Sudan dipercayai salah
satu faktor yang membawa pengecutan hasil tanaman.
Dari segi ekologi, pokok acacia senegal
ini hidup subur di kawasan berbukit dan berbatu kering. Spesis ini
dapat bertahan lasak walau dalam keadaan cuaca buruk sebagaimana laporan
portal Purdue University.
Gum Arabic al-Manna bertindak sebagai
pengemulsi semulajadi untuk memberikan kesihatan yang lebih baik.
Pengertian emulsi menurut buku Teknik Pemisahan Dalam Analisis Kimia
ialah emulsi merupakan hasil daripada kemasukan satu pelarut ke dalam
satu fasa pelarut berterusan yang tidak terlarut campur. Naskah akademik
terbitan UTM Press ini boleh didapati di Penerbit UTM, Amazon dan MPH.
Gum Arabic Al-Manna 100% Semulajadi
Gum Arabic al-Manna tiada bahan tiruan
dan bahan tambahan. Getah Arab ini 100% semulajadi diambil dari pokok.
Oleh itu ia lebih bebas dari kesan sampingan. Gam Arab lebih mudah
diminum kerana ia bersifat mudah larut dalam semua jenis air,
penyediaannya ringkas, segera dan mudah.
Harga yang ditawarkan untuk memiliki
al-Manna sangat berbaloi untuk pelaburan kesihatan. Produk Gum Arabic
al-Manna yang dipakej semula kepada jenama ‘Ameer’ sangat berkhasiat
dan berkualiti di samping kandungannya dari gred terbaik.
Gum Arabic al-Manna sesuai untuk semua
peringkat usia. Getah Arab ini boleh digunakan untuk bayi, kanak-kanak,
orang dewasa, warga emas dan ibu mengandung. Gam Arab ini juga boleh
dimanfaatkan untuk meningkatkan kesihatan.
Gum Arabic ini juga digunakan untuk
membantu pesakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang,
cirit-birit, sembelit dan banyak lagi untuk tujuan kesihatan. Sila rujuk
artikel seterusnya untuk mengetahui lebih banyak khasiat dan manfaat
Gum Arabic al-Manna untuk penyakit-penyakit tertentu dan hasil kepuasan
pengguna (testimoni).
Comments
Post a Comment