Tujuh Perbezaan Gum Arabic Al-Manna Ameer Berbanding Produk Lain
019-5533450
Produk yang
berasaskan gum arabic kini semakin banyak boleh ditemui dalam pelbagai jenama
dan syarikat. Penggunaan gum arabic dalam sesuatu produk bergantung kepada
jumlah dan jenis yang digunakan samada mengandungi gum arabic sepenuhnya atau
campuran bersama bahan yang lain. Namun, serbuk prebiotik semula jadi dari
Sudan, Gum Arabic Al-Manna Ameer adalah 100% bahan asli,
tiada pengawet dan gred terbaik.
Tujuh Perbezaan Gum Arabic Al-Manna
Ameer Berbanding Produk Lain
+Gum Arabic Food akan menyenaraikan tujuh
perbezaan Gum Arabic Al-Manna Ameer dengan produk yang lain. Berikut tujuh
senarai utama yang dijelaskan pada perenggan seterusnya sebagai maklumat
pengguna dan sesiapa saja yang bercadang untuk mencuba kebaikan prebiotik
semula jadi gula mentah dari Sudan ini.
- Gum Arabic Al-Manna Ameer Gred Terbaik
- Gum Arabic Al-Manna Ameer Larut Dalam Tujuh Saat
- Gum Arabic Al-Manna Ameer Penawar Pelbagai Masalah Kesihatan
- Gum Arabic Al-Manna Ameer Prebiotik Semula Jadi
- Gum Arabic Al-Manna Ameer 100% Asli dan Halal
- Gum Arabic Al-Manna Ameer Dari Negara Sudan
- Gum Arabic Al-Manna Ameer Dengan Teknologi Ziplock
Gum Arabic Al-Manna Ameer Gred
Terbaik
Serbuk Gum
Arabic Al-Manna Ameer adalah dari kategori yang terbaik untuk digunakan. Getah
arab yang diambil dari pokok Akasia Senegal (Hashaba) dan Akasia Seyal (Talha)
menjadi pilihan pengeluar untuk memasarkan gum arabic ke seluruh dunia mengikut
permintaan ramai.
Gula mentah
dari pokok akasia senegal adalah gred terbaik berbanding pokok akasia seyal.
Namun kedua-dua jenis pokok akasia ini tetap mempunyai khasiat yang tinggi
dalam membantu meningkatkan kesihatan. Gum Arabic Al-Manna Ameer diambil dari
pokok akasia senegal yang diketahui ramai sebagai gred terbaik keluarga akasia.
Proses
menghancurkan ketulan gum arabic kepada serbuk mempunyai tahap tertentu. Begitu
juga tahap memisahkan bendasing mempunyai kategori tertentu. Selalunya gam arab
dari gred terbaik adalah bebas dari bendasing seperti debu tanah dan kulit
pokok yang melekat pada getah akasia.
"Best
la serbuk (Gum Arabic) Al-Manna (Ameer) yang cik jual. Serbuk Gum Arabic
Al-Manna Ameer larut terus. Ia berbeza dengan serbuk Al-Manna yang saya beli di
tempat lain sebelum ini sebab makan masa sikit untuk larut sepenuhnya dan
bercampur bendasing pula. Mungkin bendasing itu dari dahan pokok akasia" - Kak Aida (kini pengguna Gum
Arabic Al-Manna Ameer).
Gum Arabic Al-Manna Ameer Larut
Dalam Tujuh Saat
Prebiotik
semula jadi Gum Arabic Al-Manna Ameer sangat mesra pengguna. Proses pelarutan
serbuk getah akasia ini hanya mengambil masa selama tujuh saat selepas dibancuh
ke dalam bekas minuman dan tidak meninggalkan kesan mendapan pada bekas minuman
selepas menggunakannya.
Selain itu
tahap hancur serbuk gula mentah akasia juga mempunyai peringkat tertentu dan ia
memberi kesan semasa menggunakannya. Proses menghancurkan ketulan gum arabic ke
bentuk serbuk pada tahap biasa (serbuk tidak lebih halus) biasanya serbuk gum
arabic akan menjadi seperti tidak hancur sepenuhnya selepas dibancuh dalam
bekas minuman. Terdapat mendapan gum arabic di bahagian bawah bekas minuman
selepas digunakan.
Namun, gum
arabic dari gred terbaik akan cepat larut apabila dibancuh ke dalam air dan
tidak meninggalkan kesan ketulan di bahagian bawah bekas minuman selepas
digunakan. Gum arabic yang lambat larut akan menyulitkan pengguna kerana
terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk proses pelarutan sepenuhnya.
"Saya
pernah guna Gum Arabic yang susah larut sebelum jumpa Gum Arabic Al-Manna
Ameer. Gum Arabic jenama lain yang saya gunakan sebelum ini lambat habis
(lambat larut) menyebabkan saya jadi malas untuk larutkannya. Kesudahannya saya
skip makan Gum Arabic (jenama lambat larut)" - Nana Mazliana (kini pengguna Gum
Arabic Al-Manna Ameer).
Gum Arabic Al-Manna Ameer Penawar
Pelbagai Masalah Kesihatan
Ikhtiar
terhadap sebarang anugerah yang diberi oleh Allah S.W.T untuk mendapatkan
manfaat dan kebaikan terhadap diri merupakan amalan yang dituntut. Membiarkan
diri untuk berterusan dalam keadaan tiada 'pembelaan' sewajarnya terhadap kesulitan
yang dihadapi seolah menyediakan diri untuk menempa kegagalan. Gum Arabic
Al-Manna Ameer merupakan salah satu ikhtiar.
Banyak
kajian yang telah dibuat oleh pakar saintis dan kesihatan berhubung manfaat
yang dapat diperolehi dari penggunaan gum arabic. Ditambah lagi dengan
testimoni pengguna gum arabic sudah tentu ia bukan omongan kosong untuk meraih
populariti, keuntungan dan lebih-lebih lagi ia bukan gurauan dalam perkara
melibatkna kesihatan.
Mungkin saja
ada yang segera serasi dengan gum arabic, mungkin juga ada yang mengambil masa
sedikit lama untuk merasai kesan dari anugerah yang tidak ternilai hasil sumber
alam semula jadi yang didatangkan dalam bentuk getah arab khususnya Gum Arabic
Al-Manna Ameer.
Gum Arabic Al-Manna Ameer Prebiotik
Semula Jadi
Prebiotik
semula jadi dan probiotik semula jadi telah diketahui umum amat baik untuk
kesihatan usus. Lihat saja bagaimana seorang doktor pakar di sebuah Hospital
Kanak-kanak di Sudan yang ditemuramah oleh kru dari sebuah televisyen Malaysia
berhubung penggunaan gum arabic dalam merawat masalah penghadaman dan sakit
perut kanak di sana.
Doktor
tersebut menjelaskan, gum arabic mengandungi sumber prebiotik paling tinggi
berbanding makanan lain. Ia sangat berkesan dalam membantu masalah penghadaman
kanak-kanak di hospital tersebut. Bahkan kanak-kanak yang diberi gum arabic
sebagai rawatan segera menunjuk tindak balas positif ke arah pemulihan dan
tidak perlu menunggu lama di hospital.
Membicarakan
soal prebiotik, sudah tentu terdapat banyak lagi khasiat dan manfaat yang
sangat berguna untuk kesihatan tanpa mengira usia. Gum Arabic Al-Manna Ameer
tampil untuk menjadi salah satu pilihan sebagai ikhtiar amalan kesihatan.
HUBUNGI SAYA: 019 5533450 (PUAN SITI KAUSAR)
Comments
Post a Comment